Konfigurasikan HTML/JavaScrip

Konfigurasikan HTML/JavaScrip

Jumaat, 30 Ogos 2013

KULIYYAH KE 3 SENI KHAT USTAZ ADLIN SALLEH


TOPIK 3:  PENGENALAN SENI KHAT 


  1. DEFINISI SENI KHAT
  2. SEJARAH SENI KHAT 
  3. PERSEDIAAN MEMPELAJARI SENI KHAT



DEFINISI KHAT 

  •  SENI 
  • - BERERTI  HALUS, TIPIS , ENAK DIDENGAR, CANTIK DILIHAT.

  • KHAT 
  •  BERERTI GARISAN LURUS . IA MERUJUK KEPADA GARISAN LURUS YANG DIJADIKAN ASAS OLEH PENULIS ASAS OLEH PENULIS KHAT (KHATAT ) UNTUK BERKARYA

JUSTERU ITU SENI KHAT BERMAKSUD GARISAN INDAH YANG MEMBENTUK TULISAN. IA MERUJUK KEPADA SENI TULISAN INDAH ISLAM YANG DIGUNAKAN UNTUK MENG GUBAH AYAT AYAT ALQUR'AN , HADITH ATAU KATA - KATA HIKMAH ARAB.




2) SEJARAH SENI KHAT 


  • SENI KHAT YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI KALIGRAFI ISLAM TUMBUH SELARAS DENGAN PERKEMBANGAN ISLAM.
  • AL-QUR'AN YANG MENJADI RUJUKAN UTAMA ISLAM MENGANDUNGI SENI - SENI TULISAN INDAH YANG BERKEMBANG PESAT SEPANJANG ZAMAN.
  • PERKEMBANGAN ISLAM YANG TERSEBAR KESEKURUH PELUSUK DUNIA MENYAKSIKAN KALIGRAFI ISLAM TURUT BERKEMBANG PESAT TANPA MENGHILANGKAN CIRI DAN NILAI KEISLAMANNYA.
  • PADA ZAMAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB , PUSAT PEMERINTAHAN ISLAM DIPINDAHKAN DARIPADA MADINAH KE KUFAH IRAQ.
  • SEJAK ITU KUFAH MUNCUL SEBAGAI PUSAT PERKEMBANGAN KHAT YANG TERKEMUKA. PARA KHATAT TELAH MENGGUNAKAN KHAT BERBENTUK BERSEGI ( MURABBA' ) SECARA MELUAS.
  • KHAT INI KEMUDIANNYA DIKENALI SEBAGAI KHAT KUFI. IA DIGUNAKAN SECARA MELUAS SEHINGGA KURUN KE 12 
  • PADA ABAD KE 3 H, MUNCUL SEORANG TOKOH PENTING YANG DIKENALI SEBAGAI IBNU MUQLAH ( ANAK SEBIJI MATA/ ANAK KESAYANGAN ) 
  • BELIAU MEMPERKENALKAN BENTUK - BENTUK HURUF YANG BETUL SERTA GAYA ENAM TULISAN YANG DIKENALI SEBAGAI " QALAM SITTAH " 
  • JUSTERU, PERKEMBANGAN KHAT SEMAKIN MELUAS DAN TEKNIK PENULISANNYA SEMAKIN MANTAP DIBAWAH USAHA TOKOH - TOKOH HEBAT SEPERI IBNU MUQLAH , IBNU BAWWAB, YAQUT AL - MUSTA'SAMI , SYEIKH HAMDULLAH DAN LAIN - LAIN.


3) PERSEDIAAN MEMPELAJARI SENI KHAT

SEBELUM MENULIS 


  • PERALATAN MENULIS 
  1. PEN, KAYU RESAM DAN SEBAGAINYA

                  SETIAP PENA MEMPUNYAI KELEBIHAN MASING - MASING. PELAJAR DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KESEMUAJENIS PENA. PENA TUMBUHAN MEMERLUKAN KEMAHIRAN MENGASAH. PENA MATA BESI YANG BIASA DIGUNAKAN OLEH KHATAT IALAH OSMIROID DAN PLATIGNUM. 
















  • KERTAS , BUKU LATIHAN DAN PELAPIK MENULIS .

* SEBAIKNYA GUNAKAN KERTAS TGEBAL. LICIN DAN MEMUDAHKAN PENGERINGAN DAKWAT SEPERTI ART PAPER,,MATTART, TRAZING PAPER  ATAU KERTAS BIASA (A4) 80 GSM KEATAS YANG LICIN SERTA TIDAK MUDAH MENGEMBANGKAN DAKWAT. PELAPIK DIGUNAKAN BAGI MENGHALANG KEKASARAN PADA PERMUKAAN MEJA DAN DISYORKAN PELAPIK MEMPUNYAI GRID.


  • DAKWAT : DI BELI ATAU DIBUAT SENDIRI. 
SEBAIKNYA YANG MEMPUNYAI KEHITAMAN YANG MAKSIMUM, CEPAT KERING, MEMUDAHKAN PERGERAKAN TANGAN SEMASA MENULIS DAN WARNA YANG BERSINAR (SHINNING ) SELEPAS KERING.

  • ANTARA DAKWAT YANG BIASA DIPAKAI IALAH ROTRING, FABER CASTELL, CALLIGRAPHY DAN SHEPPERS .  DAKWAT TIDAK BOLEH DIBIARKAN MELEKAT PADA MATA PENA KHUSUSNYA MATA PENA BESI KERANA IA BOLEH MENGHALANG ALIRAN DAKWAT SEMASA MENULIS.


  •  BUKU PANDUAN DAN LATIHAN

* BUKU PANDUAN YANG TERBAIK IALAH YANG DIHASILKAN DITIMUR TENGAH OLEH PENULIS TERKENAL. SETIAP BUKU TERKENAL.  SETIAP BUKU PANDUAN JUGA MEMPUNYAI PENDEKATAN TERSENDIRI MENGIKUT IKLIM MASING - MASING.


  •  CARA DUDUK DAN KEDUDUKAN KERTAS

  • DADA PENULIS MESTILAH MEGHADAP KE MEJA DENGAN 180 DARJAH
  • KERUSI MESTILAH DALAM KEADAAN SESUAI DAN SELESA.
  • MEJA PULA SEDERHANA TINGGI. TIDAK TERLALU RENDAH ATAU TINGGI.


  • CARA MEMEGANG PEN
  • PEN YANG DIGUNAKAN SEBAIKNYA BERSAIZ MATA 2.0MM /0.2 CM
  • PEN MESTILAH DIPEGANG SELARI DENGAN KEDUDUKAN KERTAS 90 DARJAH
  • KESELRUHAN MATA PEN MESTI MENYENTUH KERTAS
  • DIPEGANG DENGAN KADAR SATU SETENGAH INCI DARI AWAL MATA PEN.


  •  SUASANA KETIKA MENULIS 
  • SUASANA MESTILAH TENANG DAN KEMAS
  • CAHAYA YANG CUKUP SERTA TIDAK MELINDUNGI RUANG KERTAS
  • JARAK PENGLIHATAN TIDAK TERLALU DEKAT ATAU TERLALU JAUH
  • PERJALANAN NAFAS TERATUR DAN TIDAK PENAT.



  • PSIKOLOGI SEWAKTU MENULIS
  • MENULIS DALAM KEADAAN TENANG DAN MEMBERI SEPENUH TUMPUAN KEPADA PENULISAN
  • MENULIS DENGAN PENUH MINAT BUKAN DESAKAN ATAU PAKSAAN

  • SEMASA MENULIS 
  •  SETIAP HURUF YANG DITULIS WAJIB MENGIKUT UKURAN YANG DITANDA DALAM BENTK TITIK
  • SETIAP HURUF ATAU PERKATAAN YANG DITULIS WAJIB MENGIKUT MIZAN (UKURAN) YANG BETUL
  • SETIAP TULISAN DIGALAKKAN ULANGAN SEBANYAK 10 KALI SEBAGAI PROSES LATIH TUBI YANG BERKESAN.




















Jumaat, 16 Ogos 2013

NOTA SENI KHAT USTAZ ADLIN KULIYYAH 2

SENI KHAT EID 1163 TAJUK KEDUA 

BENTUK - BENTUK KESENIAN ISLAM 

1) SENI BINA 

2) SENI UKIR

3) SENI LAKON 

4) SENI SUARA 

5) SENI TULISAN 




1) SENI BINA ISLAM IALAH TELAH BERKEMBANG SEIRING DENGAN SENI UKIR DAN SENI KHAT ISLAM .
2) SENI BINA ISLAM MEMPUNYAI CIRI - CIRI TERSENDIRI DAN BERSIFAT UNIK : MENGANDUNGI SENI KHAT , BENTUK ARABESQUE , CORAK GEOMETRI DAN MOTIF SENI REKA.
3) WUJUD PENGARUH YANG KUAT DARIPADA AYAT - AYAT AL - QUR'AN HADITH DAN SYAIR - SYAIR BAHASA ARAB .


MASJID 

1) IA ADALAH SENI BINA ISLAM YANG TERPENTING 

2) IA MENJADI BINAAN PERTAMA YANG DIDIRIKAN RASULULLAH S.A.W KETIKA TIBA DI YATHRIB 

3 )IA MENJADI TAPAK UTAMA KEPADA PROSES PEMBINAAN TAMADUN ISLAM

4) MASJID PERTAMA DIBINA OLEH RASULULLAH ADALAH MASJID QUBA' ANG TERLETAK DISEMPADAN ANTARA MEKAH DAN YATHRIB .


BINAAN PENTING MASJID 

1) KUBAH 

2) MENARA

3) MIMBAR 

4) MIHRAB 

5) RUANG SOLAT

6) TEMPAT BERWUDHUK 

7) TIANG UTAMA 


MASJID UTAMA ISLAM 

1) MASJIDIL  HARAM 

- TERLETAK DI MAKKAH AL MUKARRAMAH 
- MASKID PALING UTAMA
- IBADAH PADANYA MENYAMAI 100000 KALI IBADAH DITEMPAT LAIN 

2) MASJID NABAWI 

- TERLETAK DIKOTA YATHRIB.
- BANGUNAN PERTAMA YANG DIBINA RASULULLAH APABILA TIBA DISITU.
- TERLETAK MAKAM NABI MUHAMMAD SAW, ABU BAKAR DAN UMAR AL - KHATTAB. 
- IBADAH PADANYA MENYAMAI 1000 KALI TEMPAT LAIN.


3) MASJID AL - AQSA

- MENJADI TEMPAT KETIGA TERPENTING DIDALAM ISLAM 
- IA ADALAH LOKASI RASULULLAH DIANGKAT NAIK KE " SIDRATUL MUNTAHA"  PADA MALAM BAGINDA DI MIKRAJKAN KE LANGIT. 
- IA ADALAH KIBLAT PERTAMA ISLAM MALAH MENJADI MASJID KEDUA DIDIRIKAN SELEPAS MASJIDIL HARAM .
- IBADAH PADANYA MENYAMAI 500 KALI DITEMPAT LAIN.
- IA KINI MASIH DALAM PENJAJAHAN ZIONIS.
- SEMASA ZAMAN KHALIFAH ABDUL MALIK BIN MARWAN ( 646 - 705 M ) DARIPADA PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH, BAGINDA TELAH MEMBINA QUBBAH AL - SAKHRA' ( MASJID KUBAH BATU ) MASJID INI SERING DISANGKA MASJID AL - AQSA.


2) SENI UKIR ISLAM 

1 ) IA MERUJUK KEPADA UKIRAN YANG BERBENTUK PATUNG, ARCA, DAN MONUMEN.

2) IA MEMANDANG BERAT PADA PERSOALAN UKIRAN DAN PATUNG KERANA IA MERUPAKAN JALAN PINTAS KEPADA PATUNG - PATUNG YANG KEMUDIANNYA DISEMBAH SEBAGAI BERHALA. 

3) DALAM KITAB " HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM " OLEH DR YUSUF AL - QARDHAWI DINYATAKAN SEPERTI BERIKUT : 

1) GAMBAR YANG SANGAT DIHARAMKAN ISLAM IALAH GAMBAR ISA LA - MASIH. PELUKISNYA MENJADI KUFUR JIKA DILAKUKAN DENGAN SENGAJA. TERMASUK JUGA PEMAHAT PATUNG ATAU SESIAPA JUA YANG BERSUBAHAT UNTUK URUSAN INI. 

2) LUKISAN OLEH PELUKIS YANG BERTUJUAN MENANDINGI CIPTAAN ALLAH TAALA . HUKUMNYA ADALAH HARAM DAN PELUKISNYA MENJADI KAFIR. 

3) PATUNG - PATUNG ANG TIDAK DISEMBAH TETAPI DIAGUNG - AGUNGKAN SEPERTI PATUNG RAJA - RAJA, SELEBRITI, DAN LAIN LAIN SAMA ADA SEMPURNA BINAAN ATAU separuh sahaja . ia adalah haram.

4)patung - patung binatang yang sempurna bentuknya juga haram 

5) haram menggantungkan gambar - gambar dipapan untuk diagung- agungkan seperti gambar para pemimpin. lebih dahsyat jika pemimpin itu adalah orang fasik atau zalim seperti patung kamal atartuk di turki. 

6) gambar - gambar di dinding yang mengandungi unsu pembaziran. hukumnya adalah makruh. 

7) jika patung dan gambar yang diharamkan dirubah bentuknya atau direndahkan statusnya maka ia menjadi halal seperti gambar dilantai dan sandal yang diinjak injak sepanjang masa.


patung yang diharuskan 

*  ada 2 keadaan patung yang sempurna bentuk menjadi halal dan harus: 

1) untuk tujuan pendidikan anak - anak.

2) untuk tujuan permainan anak - anak.



3) seni lakonan  islam 


  1. seni lakon islam merujuk seni pentas seperti filem, teater , pantomen , drama dan sebagainya.
  2.  islam membenarkan kegiatan seni lakon selagi tidak bercanggah dengan batasan syariat. 
diantara syarat - syarat seni lakonan islam ialah :

  1. tidak bercanggah dengan akidah seperti filem yang mempromosi pemikiran sesat dalam ajaran sesat. 
  2.  tidak bercanggah dengan syariat seperti berpakaian mendedahkan aurat, filem yang memaparkan adegan anak derhaka kepada ibu dan sebagainya. 
  3. tidak bercanggah dengan akhlak seperti filem yang memaparkan pergaulan bebas , muda mudi, berpeleseran dan sebagainya.
  4. tegasnya seni lakonan islam adalah seni yang menggalakkan perlakuan baik sebagai sebahagian usaha mencapai redha allah taala. 

4) seni suara islam

  • seni suara yang indah dan merdu tidak dapat dipisahkan daripada islam.
  • bacaan al - qur'an adalah sebahagian dari manifestasinya memerusi jalan dan teknik - teknik islam.
  • diantara kaedah bacaan al - qur'an yang diamalkan dalam dunia islam ialah bayyati, sika, hijazi, nahwan dan lain - lain. 

hukum nyanyian.. 

  • hukum asal nyanyian adalah harus terutamanya ketuhanan , patriotik dan motivasi dan lain - lain.
  • keharusan ini adalah berdasarkan kepada perkara - perkara berikut:

  1. lirik lagu : bukan lirik yang tidak benar , menimbulkan khayal, atau syahwat, memuja syaitan dan lain - lain. 
  2. alat muzik : bukan alat yang melalaikan danmelekakan seperti gitar yang dimainkan secara melampau dan bingit.
  3. penyanyi : tidak mendedahkan aurat dan menimbulkan fitnah. 
  4. penonton : tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan
  5. persembahan : tidak melanggar waktu solat , tiada arak dan lain - lainnya. 

hukum penyanyi wanita

  1. hukum asalnya adalah harus kerana suara wanita pada aslanya bukan aurat.
  2. tetapi jika menimbulkan fitnah maka ia menjadi haram seperti penyanyi wanita yang menghiburkan dengan cara menggiurkan dan mengghairahkan.

5. seni tulisan seni islam 

  • seni tulisan islam merujuk kepada kaligrafi islam atau khat.
  • tulisan arab juga dikaitkan dengan seni tulisan islam 
  • disebelah kepulauan melayu nusantara , tulisan jawi menjadi syiar seni tulisan islam 
  • keindahan seni khat yang boleh digubah dengan pelbagai bentuk dan rupa menyerlah dan mengangkat islam ketempAT YANG CUKUP TINGGI.
  • KEMAJUAN TAMADUN ISLAM JUGA DIKAITKAN DENGAN KEHALUSAN SENI TULISAN / KHAT INI. 







SENI KHAT USTAZ ADLIN SALLEH

  
SENI KHAT EID 1163


KONSEP KESENIAN ISLAM :

1) KESYUMULAN TAMADUN ISLAM 

2) SENI DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM 

3) SUMBER SENI ISLAM

4) TUJUAN SENI ISLAM 

5) PERBEZAAN SENI ISLAM DENGAN SENI  BARAT 


KESYUMULAN TAMADUN ISLAM 

1) SYUMUL BERERTI MENYELURUH. MAKSUDNYA TAMADUN ISLAM MELIPUTI SEGENAP ASPEK KEHIDUPAN MANUSIA.ISLAM ADALAH AGAMA POLITIK , IBADAH DAN PEMERINTAHAN , INDIVIDU DAN MASYARAKAT. KESYUMULAN ISLAM TURUT DIBUKTIKAN DENGAN KECEMERLANGAN SENI YANG DIPAPARKAN MENERUSI PELBAGAI BENTUK. 

2) ISLAM TIDAK PERNAH MENOLAK SENI MALAH AL - QUR'AN YANG MENJADI SUMBER UTAMA ISLAM MENGANDUNGI PELBAGAI BENTUK SENI : SENI BACAAN , SENI TULISAN DAN LAIN - LAIN. 


SENI DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM 

1) ADALAH SATU YANG SUCI DAN MURNI .
2) IA DICETUSKAN MELALUI HATI YANG TENANG DAN TULUS KEPADA ALLAH TAALA.
3) SESUAI DENGAN NALURI DAN SIFAT SEMULAJADI , MANUSIA MEMERLUKAN KESENIAN SEBAGAI PELENGKAP KEPADA KESEMPURNAAN HIDUP. 
4) SENIYANG LUHUR MEMBANTU MANUSIA MENGENALI ALLAAH TAALA
5) LANTARAN ITU, SENI DALAM ISLAM BERGANTUNG KEPADA PRINSIP PRINSIP DAN PERATURANNYA YANG DITETAPKAN ALLAH .
6) PRINSIP UTAMANYA IALAH LA ILA HA ILLALLAH MAKSUDNYA SELURUH SENI ISLAM DAN KEGIATANNYA MESTILAH TIDAK SYIRIK DAN MENDERHAKA KEPADA ALLAH. 
7) TEGASNYA SENI ISLAM TIDAK BERCANGGAH DENGAN AQIDAH , SYARIAT DAN AKHLAK ISLAM (AGAMA) 
8) IA BERASASKAN " KEBENARAN " 


SUMBER SENI ISLAM 

1) AL- QUR'AN
2) AL - HADITH / AL SUNNAH 
3) IJMAK 
4) QIYAS


TUJUAN SENI ISLAM 

1) ALAT UNTUK MENUJU KEREDHAAN ALLAH DAN KETAQWAAN KEPADA-NYA .
2) IA MELAHIRKAN KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN DALAM DIRI UNTUK MERUSKAN UBUDIYYAH KEPADA ALLAH .
3) MEMAPARKAN KESYUMULAN ISLAM. 
4) MENGHUBUNGKAN MANUSIA DENGAN ALLAH SERTA MANUSIA DENGAN ALAM 
5) MENJADI BUKTI KEPADA KEBESARAN DAN KEESAAN  ALLAH TAALA 


PERBEZAAN SENI ISLAM DAN SENI BARAT 

SENI ISLAM 

BERMATLAMAT SENI UNTUK ALLAH.

TUJUAN AKHIRNYA IALAH KEREDHAAN ALLAH 

TERIKAT KEPADA PRINSIP SYARIAH, HALAL DAN HARAM 


SENI BARAT 

BERMATLAMATKAN SENI UNTUK SENI 

TUJUAN AKHIRNYA UNTUK KEPUASAN DIRI 

BEBAS 



Selasa, 28 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU

CIKGU.... USTAZAH.... USTAZ.... TEACHER & SIR INSAN YANG BANYAK BERJASA .. TANPA MEREKA SIAPALAH KITA...

Jumaat, 8 Februari 2013

bosan bosan bosan

saya bosan bosan bosan penat penat dan penat..... np la semua benda saya yang kena buat... mungkinkah ini takdir ... semuanya saya dh buat tp di mata org saya ttp salah.. saya bosan2 .. menyampah... dan meluat dgn semuanyaaaa... 


Jumaat, 11 Januari 2013




  Nak wat sambungan lagi ttg kawan2 saya ni.. tp asyik tak sempat je.... demi keadilan saya tetap akan teruskan .. nnt tkut kwn2 saya x ceria je sbb citer dia x de... huhuhuhuuhu..





      Bakal pensyarah ni.. Prof Madya Dato Dr Norazuwah Binti Margono ( berangan2 ) hhahahahahahaa pljar kohort 13 yang giler2, ceria dan kadang2 nakal ... pastu dia baik, comel, suka wat lawak ... suka buat benda yang org lain x buat.... Syadid Dengan masa dan waktu... Suka warna Ungu dan Suka makan Ayam.... Tiada ayam bagaikan gelap suasana hheheheheheh... dia suka berkawan dengan semua org yang ingin berkawan dengannya .. ok la jom sambung blik topik selanjutnye ,...... jangan pandang pada 



                                                                               
     Nama di beri Suzana bt Zainon @ kk suzanna ( nama glamour ) hihihihih seorang yang baik, suka memberi pendapat dan suka berdebat ... lau x knl mgkin org akan kata dia tu sombong tapi sebenarnya dia baikkkk dan ok2 je.. jgn risaulah pasti dia akan membantu assignment dia mmg mantoppppp sbb tu result dia A kk suzanna wa nk ucp terima kasih sbb sudi berkawan dgn wa ni yg agak2 giler2 ni... ampun dan maaf  andai ada keterlanjuran sama ada disedari ataupun tidak ingat ye kk jgn lupa dan ptuskan tali persahabatan kita di unisel ini...... Allah menguji keikhlasan apabila bersendirian . Allah memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah ... Allah melatih kesabaran dalam kesakitan dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik.... InsyaAllah ...







                                                                         
Nama diberi Zulaini Bt Zainal Karip @ kk zu.... huhuhuh nama manja seorang yang pandai berbahas ttg ilmu agama dan petah berbicara.... mmg terbaekkkk wa suka berdiskusi ttg islamik2 ngan dia fuhhhhh ada gaya macam penceramah bebas... bkl menggantikan Dr Mashitah Ibrahim hihihihi  :) ni ada pesanan dari wa seseorang yang berperibadi kuat mpama besi ... semakin dibakar oleh keadaan semakin di ketuk oleh cabaran hidup semakin teguh untuk menghadapi hidup.. seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai ... ingat kita sahabat selamanya yeeeee...




                                                                     



       
      Nama di beri oleh Ayah dan ibunya Nur Shahirah Bt Tamyis  ( anak mufti )... masih muda, comel , baik hati, menghormati org tua ..  Kak wa suka berteman dan berkawan dengan senior muda ni ... byk pengalaman dia ni, selalu bg kertas soalan yg lps2 bg kt kiter .... pandai bahasa arab plk tu mmg kk wa tabik spring kt kamu... kk wa nk berterima kasih sbb sudi berkawan dgn kk wa dan juga berkawan dgn kawan2 kk wa di kohort 13... terima kasih atas segalanya...ampun dan maaf kk wa hulurkan andai nya ada tersalah dan tersilap sama ada sengaja atau tidak... walaupun kita dh berpisah nnt... jgn luupa ye dgn kak wa dan kohort 13... walaupun jauh dimata tetapi tetap dihati...  Shahira ingat ye .... senyumanmu tidak memberi seseorang bebanan kepada kamu tetapi memberi makna yg indah pada seseorang...








                                                                                                                         


Nama di beri Hairul Nizam Bin Muzahar pelajar terbaikkkk unisel kohort 11 macamana bleh terjebak dgn kohort 13 ni pun x taulah ... tp apa2 pun terima kasih sbb jadi pembantu menjawab soalan sem2 lepas... seorang yang agak lemah lembut, poyo ( hahhahha ) lawak dan pelbagai karekter... yang penting wa tau dia ni baeekk ... dan wa jga tahu dia sedang menyampah dengan seseorang dan berharap disem akan dtg dia x kn terserampak ngan dia.... huhuhuhuh .... ingat sahabat selamanya ye.....  orang mukmin yg sempurna imannya adalah yg paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya dan sebaik baik kamu ialah yang baik kepada isterinya ( hadith riwayat AL TIRMIZI )


                                                                       




Nama penuh Nor Khaidah Bt Busrowi @ kak aida... seorang yang berani, intelligent, excellent, comel, sudah bersuami ... dia baik.... sporting.... petah berbicara ... wa tak tau nk tulis ape lagi dh yang penting mmg terbaeekkk la kk aida ini.... kk kiter sahabat selamanya tau



                                                                 

Sabtu, 5 Januari 2013

SAHABAT SAHABAT TERSAYANG

sahabat ku Latiffa Shahman .. sahabat yang senang menerima pandangan dan suka memberi pendapat .. seorang yang cantik ,comel , cute dan baik.. suara kuat x yah guna mikrofon mejid@ masjid pun x pe hhahahahah jgn marah ye kk.. kk tipah wa nk ckp sesuatu boleh x??? wa nk cakap engkau adalah sahabat yang membuat hidupku kian berwarna dan bermakna hehehheheehhehehe 



Nama di beri Halilah Sarjuni tapi wa panggil Kak Lilah panggilan mesra wa dgn dia heheheheheheh seorang yang lembut, sensitif, kelakar , comel .. terima kasih sebab sudi berkawan dengan insan yang bernama wa ini hihihiiihihi kk lilah ingat ye walaupun kita dh tak blaja kt unisel kita tetap kawan sampai bila2 ye Wa sayang kk lila cm kakak sendiri..kak setiap mata yang tertutup belum bererti dia tidur .. setiap mata yang terbuka belum bererti ia melihat..hhehehhe bermadah pujangga pulak ahhhhhaahaha

Diberi nama oleh ibunda dan Ayahanda Nya Nor Adilah Binti Khairul Hamdi sedap nama nya yang adil lagi saksama .. berperwatakan yang gojesz , giler2 , pandai mengayat, cute , power senyuman nya ada lesung batu  hahahahahahahaa kk wa bersyukur dapat adik yang cmni hihihihihihii dila ingat kk wa sampai bile2 eirk huhuhuhuhuh ada ucapan untuk mu tau dengarknlah yee .. HIDUP UMPAMA AIS KRIM . NIKMATILAH SEBELUM IANYA CAIR Gojersz kn ucpan kk wa hihihiihihi



Mohd Sofee Bin Miswan @ sofiii terima kasih sbb selalu bg info2 kelas ye... banyak jasa kamu piee. sofiee blaja rajin2 ye chaiyook3 sofiee .. seorang yang hensem,cute, lembut seperti sofy .tinggi Akhlak nya ni Insya Allah bakal Menjadi Ulama' Muktabar di Pekan sabak Bernam. huhuhu pie ingat ye kata2 kk wa ni seorang sahabat sejati akan membuat anda hangat dengan kehadirannya , mempercayai akan rahsianya dan memngingat kamu dalam setiap doanya... hihihihihih :)




Salmiah Bt Mengun @ kk Sal seorang yg baik, Sensitif , comel dan banyak ilmunya ... wa bangga ada sahabat cm kk sal .... wa byk blajar dgn akk bb islamic2 tu... mmg power kk.... syabas kk ... kk wa ada pesanan untuk akak... sahabat yang beriman mentari yang menyinar.. sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan . sahabat sejati menjadi pendorong impian.. sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.



Nama diberi Solehah Amnan @ kk Sol Seorang yg comel, periang , ceria, idealistik. handal,harum, alim wowww ckp2 nnt terkembang plk hahahhaahaha kk terima kasih sudi berteman ngan wa yang terlalu nakal ni ye... kk terima kasih sbb selalu beri sokongan dan semangat pada ... bila wa down kk sol tenangkan... bila kk sol down wa wat tak tau je hahahhaahahahah.. kk ingat persahabatan kita bkn hanya disini sahaja lau boleh sampai akhir hayat wa sayang kk sollll ingat pesan wa ye kk HARTA AKAN HABIS DIGUNAKAN TANPA ILMU TETAPI SEBALIKNYA ILMU AKAN BERKEMBANG JIKA IA DIGUNAKAN 



Anugerah Dekan Selalu di Sandang huhuhu nama sebenarnya Siti Hajar Binti Ahmad Mubarok @ Kak Hajar.... seorang yang baik,comel,solehah, gorjesz dan pandai sahabat wa sorang ni cukup mantop wat assignment sbb tu la dpt anugerah dekan hihihih ape2 pun terima kasih la sbb sabar ngan wa yg baik ni yee ingat kita sahabat selamanya .. org yang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yg org lain akan mengerjakannya 3 hari kemudian 




bersambung lagi esok yeeeee

Jumaat, 4 Januari 2013

DIRIKU BERNAMA NORAZUWAH @ USTAZAH NORA


   Nama diberi Norazuwah binti margono. Dilahirkan pada 12 disember 1987 di Hospital Tanjong Karang Selangor.. Anak sulung dari 2 beradik. Seorang yang agak pemalu dan peramah dan kadang2 cepat marah.. sangat meminati bidang Agama dan Al Qur'an. Sewaktu kecil saya x pandai dan sering dimarah cikgu, dipukul cikgu ...walaupun saya tidak bersalah saya yang terkena hukuman itu.. tapi saya pasrah dan redha... sudah ketentuan illahi... hehehehhe

    saya  ada hobi.. hobi saya suka menyanyi walaupun suara saya x sedap tapi boleh laa jugak mereka mendengarnya dgn khusyk dan tawadduk... Sebenarnya saya ni ustazah mengajar disekolah agama.. saya sangat sayang kpd anak2 murid.. tahun ni saya memegang kelas tahun 1 UTHMAN Alhamdulillah pljr2 saya sgt baik dan sangat nakal dan bijak serba boleh hihihihihi


KELUARGAKU TERCINTA
         Nana abah saya ialah MARGONO BIN TAMRIN. Dia seorang yang tegas , baik dan terbaeeek. Nama mak saya MAHANI BINTI IKHSAN dia seorang chef kami sekeluarga.... saya ada seorang adik perempuan yg bernama hidayah tp kami panggil dia dayah itulah keluarga saya